Header AD

UltraSel Curva Rules

ULTRASEL CURVA RULES



Dalam kita membesarkan pergerakan ini, jangan pernah berhenti untuk terus belajar. Bahkan, “Movement” di luar sana yang telah mencecah usia puluhan tahun pun, masih tetap belajar, dan belajar untuk menjadi lebih baik.

Apa lagi kita, yang baru mencecah usia 8 tahun?

Jangan pernah bosan untuk saling mengingati antara satu sama lain. Jaga kerukunan & keharmonian keluarga ini. Hormati peraturan yang telah sedia ada. Jangan disebabkan hal yang remeh, boleh merugikan kita di kemudian hari.

Check out poster peraturan di Curva :-

1. BERKASUT
• Telah menjadi budaya di dalam pergerakan ini, tidak memakai selipar di Curva.

2. BERDIRI 90 MINIT +-
• Tidak ada yang boleh duduk semasa pasukan sedang berjuang di tengah padang.

3. IKUT ARAHAN CAPO (Curva Crew jika ada)
• Peka dengan arahan Capo seperti, Chant (Sorakan), Clapping, Poznan, Choreo dan sebagainya.

Kami ada sedikit “point” berkenaan PEMAKAIAN. Pakailah pakaian yang membuatkan kalian selesa, selagi “TIDAK MENGGANGGU PERGERAKAN INI”. Jika sampai menganggu, kalian harus matang untuk menyedarinya.

THE FAMOuS, jika kita tidak mampu untuk merawat, jangan pula kita menghancurkannya.

Musim 2018, Selangor Juara Liga Super.
Forza Grande Selangor, ALE!

#MentalitiJuara
#8ergerak
#RevampSelangorFootball 
UltraSel Curva Rules  UltraSel Curva Rules Reviewed by AZ on January 01, 2018 Rating: 5

Post AD